Dr Radiah Salim

KERJA SOSIAL DAN AMAL KEBAJIKAN | SINGAPURA | 2018
Hobbies: Reading

Everyone Is A Hero!

Berapa tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga. Begitulah pengalaman hidup Dr Radiah Salim yang pernah bermastautin ke Australia demi mengejar impian menjadi seorang doktor.

Ketika menerima keputusan GCE Peringkat ‘A’, Dr Radiah mendapati bahawa gred yang diraihnya tidak mencukupi untuk melayakkan beliau memasuki sekolah perubatan di Universiti Nasional Singapura (NUS). Disebabkan itu, beliau meneruskan pelajaran dalam bidang pendidikan dan menjadi seorang guru Sains. Jika difikirkan, tugas sebagai seorang guru boleh disifatkan sebagai satu kejayaan. Despite that, Dr Radiah feels that something is amiss.

 

“Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negara China.”

 

Prophet Muhammad P.B.U.H. once decreed, “seek knowledge albeit to China.” That has always been a guiding principle for Dr Radiah who looks up to Rasulullah P.B.U.H. as a role model. Secara literal, beliau tidak pergi ke China namun penghijrahannya ke Australia ternyata tidak sia-sia kerana beliau akhirnya mencapai impiannya untuk menjadi seorang doktor yang bertauliah.

Dr Radiah berkongsi bahawa hidupnya bertambah ceria setelah beliau berjaya mendapatkan pekerjaan yang dekat di hatinya.

 

“Apabila ada minat dan kesungguhan, kita tidak rasa penat kerana hati kita berbunga bahagia.”

 

Menurut Dr Radiah, beliau jarang rasa penat untuk ke kerja setiap pagi. Ini kerana beliau amat passionate tentang bidang pekerjaannya. Meskipun hidupnya senang di Australia, Dr Radiah tidak pernah lupa akan asal usulnya. Malah, sifat kemelayuannya itulah yang mendorongnya kembali ke Singapura dek rindu kepada ibunya dan Nasi Lemak.

Sepulangnya ke Singapura, Dr Radiah pernah bertugas di Institut Kesihatan Mental (IMH).

Aptly, it has always been her passion to help those with mental problems,

Dr Radiah menegaskan bahawa untuk merawat golongan yang mempunyai kesihatan mental tidak semudah memakan ubat sahaja. They need support from loved ones; from family members. Unfortunately, they are often stigmatized by the community. Akibat terjejas oleh hujahan-hujahan negatif, ada yang tidak mahu mengambil ubat mereka atau meneruskan rawatan. Lantaran itu, penyakit mereka berulang.

Dr Radiah menyedari tentang perlunya mendampingi atau befriend para pesakit jiwa kerana beliau sendiri mempunyai anggota keluarga yang tergolong dalam golongan tersebut. Oleh demikian, beliau dan rakan-rakannya sepakat untuk menubuhkan Club Heal, yang khususnya memberi perhatian kepada masyarakat Melayu/Islam.

 

If you have a mission and vision, and you sincerely want to help the community, things happen. The help will come from places you don’t even expect.

 

Dr Radiah is glad that when she started Club Heal, she received a lot of support from the government. Salah seorang yang paling banyak menghulurkan bantuan ialah Presiden Halimah Yacob, yang ketika itu merupakan Anggota Parlimen (AP) bagi Bukit Batok East dan juga Penaung Club HEAL. Walaupun beliau sendiri boleh dikatakan seorang pakar dalam bidangnya, Dr Radiah tetap rendah diri – mendengar nasihat serta pandangan orang lain bagaikan menelan mestika embun.

“Betulkan niat, ikhlas, tak perlu dipuji, tak perlu diiktiraf.” That’s Dr Radiah’s advice sekiranya seseorang ingin berjaya seperti dirinya. “Jika seseorang itu ikhlas dalam apa yang dilakukannya, insyaAllah, help would come from sources that you yourself would never even think of!”

 

In fact, berkat keikhlasan dan ketulusan yang tertanam dalam diri Dr Radiah, she was selected to join the medical team, yang bertugas membantu para jemaah di tanah suci. Ibarat sambil menyelam minum air, Dr Radiah bersyukur kerana sambil menyumbang tenaga  dan kepakaran demi niat yang murni, beliau turut berpeluang menunaikan ibadah haji selama dua belas kali.

 

Dapatkan buku ‘50 Wira Melayu Singapura 2018’ sekarang! Jualan amal untuk OneHeart Charity.

Hanya $50 senaskah!