Puan Siti Hamidah Bahashwan

KERJA SOSIAL DAN AMAL KEBAJIKAN | SINGAPURA | 2018

Hobbies: Reading, travelling and inspiring others to be Emotionally Intelligent

Bangkitlah!

“Yang sedang tidur, bangunlah. Yang dah bangun, bangkitlah.

Yang dah bangkit, marilah sama-sama berganding bahu.

Buat apa sahaja yang perlu untuk membantu masyarakat kita meraih kejayaan bersama.”

 

Berasal daripada keluarga 10 beradik, Cik Siti Hamidah akur akan peri penting mendukung satu sama lain untuk mencengkam kejayaan. Menurut beliau, “jikalau kita itu duduk bersendirian di dalam hutan, kita tidak akan bahagia kerana manusia memerlukan manusia yang lain.”

According to Cik Hamidah, the Malay community needs to cultivate gotong-royong and instil positive values into one another. Itulah yang mendorong beliau untuk berkecimpung dalam bidang kerja kemasyarakatan. Selain itu, beliau juga menawarkan kaunseling dan nasihat berhubung kesihatan mental di Club Heal yang ditubuhkan Dr Radiah Salim.

Seperti Dr Radiah, Cik Hamidah juga berpendapat bahawa masyarakat Melayu sebenarnya berpotensi. Cuma disebabkan kurang dorongan dan pendampingan, jiwa mereka lemah.

The best is if I could help someone to rethink, to change their mind and to have the inner motivation to be a better version of ourselves.

As the only daughter in the family, Mdm Hamidah can’t deny that she felt left behind at times. Parents at that time tend to pay more attention to sons. It was a common notion that daughters would grow up only to become full-time housewives.  

Walaupun kurang mendapat sokongan daripada ibu bapanya, Cik Hamidah tidak pernah berputus asa. Beliau percaya, meskipun kita tidak semestinya dapat semua yang kita mahukan, kita tetap harus cuba. Biar hidup itu sentiasa inginkan perkembangan.


“Pasti ada emas dalam diri seseorang; Carilah emas itu.”

Seperti anak-anak muda yang lain, Cik Hamidah juga kadangkala mengeluh untuk pergi ke sekolah. To her, it is normal to feel that way. What’s more important is that one must have the desire to learn.

Cik Hamidah menegaskan bahawa pengetahuan itu tidak semestinya limited to what’s being taught in class. Malah, seseorang boleh meraih pengetahuan jika mereka menyedari peluang yang berada di hadapan mereka dan terus mencapainya. For example, Cik Hamidah akan merajinkan dirinya membaca kerana itulah sumber beliau menimba ilmu.

Malah, dalam generasi Teknologi Maklumat (IT) ini, semakin mudah untuk seseorang mencari ilmu. Segala maklumat boleh dicapai at the touch of a finger.

Dalam pada itu, Cik Hamidah menggesa masyarakat Melayu supaya “jadi pemimpin dalam diri sendiri. Ikut kebolehan masing-masing. Cari dan gilapnya sehingga menjadi berlian.”

 

Dapatkan buku ‘50 Wira Melayu Singapura 2018’ sekarang! Jualan amal untuk OneHeart Charity.

Hanya $50 senaskah!