Tuan Shahrizal Salleh (Chef Bob)

KULINARI | SINGAPURA | 2018

Spouse: Mdm Kamisah Bte Khamis

Children: Umar Bin Shahrizal

Hobbies: Music and Food

Sanjung Budaya

Nama Sharizal Salleh, atau lebih dikenali sebagai Cef Bob, memang tidak asing dalam bidang kulinari.

Setelah lebih 30 tahun berkecimpung dalam bidang masak-memasak, Cef Bob telah berjaya meraih pengalaman yang luas dalam penyediaan makanan secara profesional.

Life is not always rainbows and butterflies…  

Daripada membantu ibunya memasak di dapur pada usia 4 tahun sehingga menjadi pengasas perniagaan makanan yang terkenal, tidak dapat disangkal bahawa Cef Bob memang layak digelar sebagai salah seorang wira Melayu Singapura.

Maybe most people don’t know that Chef Bob once had to close down his restaurant which he helmed for seven years. This indeed was a trying period for him.

But as the saying goes, air pun ada pasang surutnya. Berkat bantuan dan sokongan keluarga, Cef Bob bangkit semula daripada kegagalan tersebut dan kini menjadi duta sajian bufet di dua buah hotel tempatan iaitu Royal Palms dan The Landmark. Malah selain itu, Cef Bob juga mengendalikan dua restoran sendiri dan telah dilantik sebagai salah seorang duta bahasa di Singapura.

Peri penting mengekalkan jati diri…

Meskipun pernah melebarkan sayap ke pasaran antarabangsa, jati diri Melayu kekal terpahat di hatinya. Beliau percaya, jika tradisi tidak dipelihara, maka hilanglah identiti sesebuah bangsa.

Holding strongly onto this principle, Chef Bob strives to retain Malay essence into his recipes that are known to be innovative and diverse. One of his recipes which garnered great response is none other than his salted egg chips.

Apabila ditanya sama ada rendang boleh crispy, Cef Bob sempat berjenaka sambil berkata, “Why not! Asalkan ia tetap mengekalkan ciri-ciri utamanya, apa salahnya?”

“Apabila kita jatuh 7 kali, kita bangkit 8 kali. Jangan putus asa dan terus berjuang dengan kebolehan kita sendiri. Yang penting, kita mesti ikhlas; sincere dalam apa saja yang kita lakukan.”

Bak pepatah, what goes around comes around. Cef Bob berharap masyarakat akan saling membantu antara satu sama lain sebab everyone is fighting their own battle. Beliau percaya kita tidak boleh lokek ilmu kerana seseorang boleh mempelajari lebih banyak lagi apabila dia berkongsi pengetahuannya dengan orang lain.

 

Dapatkan buku ‘50 Wira Melayu Singapura 2018’ sekarang! Jualan amal untuk OneHeart Charity.

Hanya $50 senaskah!