Dr Rufaihah Abdul Jalil

SAINS, TEKNOLOGI DAN PENYELIDIKAN | SINGAPURA | 2018

Hobbies: Reading and camping

Breaking Boundaries

Apabila berbicara tentang kesihatan, memang tidak dapat kita nafikan bahawa masyarakat Melayu seringkali dikaitkan dengan cardiovascular diseases seperti sakit jantung atau angin ahmar. Mencari huraian atau solution bagi penyakit-penyakit seumpama itu is not something that is easy. Sungguhpun demikian, ia tidak menghalang Dr Rufaihah Binte Abdul Jalil, 39 tahun, yang bertekad untuk mencari penawar. She views that as a way to contribute back to the community.

Dr Rufaihah works as an Assistant Professor in National University of Singapore (NUS), an institution which she graduated from. Sebagai graduan universiti tersebut, beliau berjaya meraih ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam pengajian Stem Cell and Endothelial Biology. Malah, ketika peringkat akhir PhD beliau, Dr Rufaihah telah berpeluang menjalani latihan di Stanford University di Amerika Syarikat.

Selain mendidik para mahasiswa di peringkat universiti, seorang pensyarah sepenuh masa juga perlu melakukan penyelidikan khusus dalam bidang kepakaran mereka. Dr Rufaihah mengkhusus atau specialize dalam penyakit jantung. Kajian-kajian yang diterajuinya focuses on stem cell research, biomaterial dan sistem saluran darah. Setakat ini, beliau telah membentangkan lebih 25 hasil kajiannya di jurnal-jurnal perubatan antarabangsa.

 

“If you tell yourself that you can do it, you can do it. Do not let others doubt you of your capabilities. Ignore them and build a spirit in yourself that is not easily dampened.”

When asked to share her recipe for success, Dr Rufaihah mentioned that throughout her journey, she has received all kinds of support and assistance from various parties. Malah, beliau pernah menerima scholarship daripada badan-badan kebajikan seperti Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Mendaki, dan Persatuan Derma Amanah Muslimin (MFTA). Namun, semua itu tidak dapat menandingi sokongan di rumah, terutamanya ibu bapa.

“Find your passion, know your passion, be persistent in achieving it, put in hard work, and pray to the Almighty.”

Bagi Dr Rufaihah, passion atau minat yang mendalam dalam sesuatu perkara itu amatlah penting kerana minat itulah yang akan membakar semangat seseorang untuk menggapai kejayaan. Ia mudah bagi dirinya kerana sejak di bangku sekolah lagi, she has always been interested in Science, dan bercita-cita untuk menjadi seorang saintis.

At times, we need others to help us realise our interests. Semasa kecil, ibu bapa Dr Rufaihah sering membawanya melawat tempat-tempat seperti Taman Haiwan, Kebun Bunga dan sebagainya. Di situ, ibu bapanya akan memberikan tugas-tugas kecil atau mini projects untuk mempelajari tentang alam sekitar dan kehidupan semula jadi. It was then that her interest in science started to take off.

 

“Masyarakat Melayu perlu saling menyokong kejayaan satu sama lain.”

Menurut Dr Rufaihah, “masyarakat Melayu perlu saling menyokong kejayaan satu sama lain” kerana sikap sebegitulah yang akan mencetuskan ripple effect di mana pihak yang dibantu itu juga akan terdorong untuk melakukan perkara yang sama.

Bagi mencapai tujuan itu, beliau memulakan non-profit organization, Granada Academy, pada tahun 2011. Beliau berharap usaha sukarelanya itu akan dapat menyuntik minat anak-anak muda terutamanya golongan Melayu/Islam untuk menceburi bidang sains.

 

Dapatkan buku ‘50 Wira Melayu Singapura 2018’ sekarang! Jualan amal untuk OneHeart Charity.

Hanya $50 senaskah!